Lompat ke isi kandungan

Projek Pembangunan Awam dan Asas Untuk DUN Tualang Sekah – Penggal Pertama 2009

Julai 15, 2009

Projek pembangunan infrastruktur asas dan awam telah pun selesai di sempurnakan bagi penggal pertama tahun 2009. Projek-projek ini meliputi kerja-kerja daripada membaiki jalan dan parit serta longkang hinggalah ke bangunan-bangunan awam yang diperlukan untuk kawasan SUN Tualang Sekah. Semua Kampung di dalam DUN  Tualang Sekah terlibat di dalam pengagihan projek pembangunan tersebut.

Sebanyak 36 projek telahpun dijalankan. Klik untuk senarai projek PIA dan PIAS.

Senarai Pemohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Julai 15, 2009

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berperanan utama dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Salah satu daripada tugas ahli Wakil Rakyat ialah untuk membantu mengetengahkan kes-kes ini kepada pihak agensi kerajaan iaitu JKM. Dalam usaha ini, Pusat Khidmat DUN Tualang Sekah telah mengambil langkah proaktif dengan mengenal pasti kes-kes yang mungkin berkelayakan dan membawa pegawai-pegawai turun bersama Pusat Khidmat untuk menyiasat dan melawat pemohon- pemohon.

Pelbagai skim bantuan ditawarkan dan boleh disemak melalui laman web iaitu Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Senarai Nama pemohon yang telah dilawati oleh Pusat Khidmat ADUN dan  memohon melalui Pusat Khidmat DUN Tualang Sekah pada tahun 2009 setakat 30 Jun adalah seramai 48 orang.

Klik untuk semak senarai.